semangat politik katak

Apa kata PM Najib

Kalau Najib anak jantan.....

09 June, 2009

Perjuangan PAS di Perak, Perjuangan Sia-sia.


Perjuangan Bodoh dan Sia-sia

Perjaungan bodoh dan sia-sia oleh penyokong PAS sangat memalukan melayu/Islam di dunia am nya dan negeri Perak khasnya. PAS tidak sedar diri bahawa kuasa PAS di Perak cuma bergantung kepada 6 kerusi DUN sahaja. Walaupun PAS meletak kan calun bertanding sebanyak 21 kerusi.

Daripada 21 kerusi, PAS cuma menang 6 kerusi sahaja. Itu pun dengan bantuan DAP. Malangnya PAS tidak sedar diri, mendabik dada kunun nya PAS sudah kuat dan diterima oleh semua rakyat. Sebenarnya PAS tidak diterima oleh orang melayu di negeri Perak.

PAS mendapat jawatan Menteri Besar Perak dalam kerajaan PR se mata2 kerana kebijaksanaan Baginda Sultan Perak. DAP telah mencadangkan wakil dari parti nya atau PKR pada mula nya. DAP bersetuju MB dari PAS kerana takut PAS akan menyokong UMNO pada masa itu. Tetapi malang akan tetap menimpa PR juga akhirnya apabila dua ahli DUN PKR dan seorang ahli DUN DAP keluar PR.

PAS hilang daya berfikirnya, 100% menyalahkan UMNO dan Baginda Sultan kerana keruntuhan kerajaan PR di Perak. Hinggakan ada ahli PAS yang sanggup 'bunuh diri' menghalang kenderaan Baginda Sultan.

Setiap hari hingga kehari ini, siang dan malam penyokong PAS meracau minta DUN negeri Perak di bubarkan.

Jika sekiranya DUN negeri Perak di bubarkan, PAS akan menerima padah nya. Kali ini DAP tidak akan buat kesilapan lagi - Pasti DAP akan meletak kan calun DAP dari keturunan melayu/Islam. Calun inilah yang bakal menjadi MB Perak.

PAS masih buta walaupun matanya celik terbeliak luas. PAS masih buta hati kerana gagal memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati DAP kerana mahu membantu PAS.

Di haraf kerajaan pusat akan terus ambil perhatian terhadap negeri Perak dari tindak tanduk jahat PR. Jika sudah melampau terlampau sangat gunakan kuasa yang ada. Tahan mereka yang sentiasa menghasut, membuat fitnah dan mengancam keselamatan negara.

Bertindak segera sebelum terlambat.

1 comment:

Antibarua said...

Hati barua-barua ni dibutakan oleh Allah SWT dulu, kini dan selamanya kerana objektif sebenar mereka ialah menghancurkan kepimpinan dan kerajaan Islam di Malaysia. Allah melaknati mereka selamanya. Amin...

akai adaka?